Thursday, June 17, 2010

Memaafkan itu indah

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...


"Apa yang tak kena pada diri ana ni?Kenapa terlalu susah untuk memaafkan kesalahan orang lain?",rintih ana dalam hati suatu ketika dahulu.Begitu keras dan hitam hati ini.Astaghfirullah.Ampunkan dosa2 ku ya Allah.

Hati terus menangis di zahirkan dengan aliran airmata yang tak pernah berhenti.Melayan perasaan yang sedang bersedih ibarat mahu menangisinya sepanjang hidup.Puas ana cari jawapan masih juga tidak ana temui.Tapi ana hairan, bila ana melalui keadaan sebegini, pasti Allah hantarkan seseorang yang punyai masalah sama seperti ana dan minta untuk ana huraikan penyelesaiannya.Sesungguhnya Allah maha mengetahui atas segala sesuatu perihal hambaNYA.

Akhirnya persoalan ana terlerai jua dalam suatu soal jawab ana dengan akak senior.

ana : Kak, camne kita nak rasa betul2 kita maafkan orang lain?
kakak : Besar sangat ke salah orang tu sampai tak nak maafkan?
ana : Tak de la kak..Tapi susahnya kita nak betul2 redha maafkan orang lain.Kenapa ye
kak?Kalau
kita cakap dah maafkan tapi dalam masa yang sama, kita masih mengungkit
kesalahannya,tu bermakna kita tak ikhlas maafkan dia kan?
kakak : Kita mengungkit tak bermakna kita tak redha diuji Allah.Fitrah manusia pasti teringat
semula
kesalahan orang lain kepada kita. Tapi kita tak boleh berhenti berusaha untuk cuba melupakannya.Bila teringat je,terus amik wudhuk, baca quran, buat solat sunat.Mengadulah dengan Allah, sesungguhnya Allah maha mendengar.Cuba letak diri kita pada tempat dia yang mana
mengharapkan kemaafan dari kita. Kalau kita ada salah pada dia dan dalam masa yang sama dia susah nak maafkan kita macam kita rasa pada dia.Macam mana rasanya?Kalau takdir Allah ajal kita sebelum dimaafkan orang, macam mana?Sedangkan kita tahu kematian itu sangatlah hampir kepada kita.Mungkin darjat orang yang kita tak nak maafkan tu lebih tinggi di sisi Allah nak banding dengan diri kita yang banyak dosa2 lain ni.

Waktu tu juga ana rasa macam nak pengsan.Astaghfirullah.Betapa jauhnya diri ini dari mengharapkan pertolonganMu ya Allah.Ana menangis tanpa henti malam tu sampaila ana demam.Walaupun kerap kali mak berpesan pada ana supaya jangan mudah mengalirkan airmata dek kerana kesihatan ana yang kurang baik akhir2 ini, tapi malam tu ana terasa terlalu kerdil di sisi Allah.

Selepas mengakhiri perbualan, terus ana rasai suatu perasaan yang betul2 tenang.Patutla di zaman rasulullah ada seorang lelaki yang dijanjikan syurga kerana dia akan memaafkan dan melupakan tiap kesalahan orang lain kepadanya setiap hari sebelum tidur. Masya Allah, begitu besar erti sebuah kemaafan dalam mengharapkan maghfirahMU ya Allah..

KEPASTIAN
Ujian tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan illahi
Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan tuhannya
Yang kasih kan rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kedukaan
Angkara kedurjaan insan
Yang lupakan tuhannya
Yang lupa kan rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

source : inteam

>>Destinasi cintaku dalam meraih cintaMU ya rabbi. Seindah seharum syurgaMU.

ilal liqa'.

3 comments:

  1. nice sharing..

    memaafkan orang lain sebenarnya lebih mudah.. jika nak dibandingkan, memaafkan diri sendiri adalah lebih susah,dan lebih banyak dugaannya.. jika kita belum maafkan diri sendiri, pasti semua yang selepas itu akn jadi payah, termasuklah untuk memaafkan orang lain..semoga Allah tabahkan hati2 ini

    ReplyDelete
  2. qalam 'Aini..
    betul tu aini..setuju dengan memaafkan diri sendiri tu..
    moga kita sama2 terus diberi kekuatan untuk terus bermujahadah dalam menyusuri jalan penuh liku ni..ameen ya rabb..

    ReplyDelete
  3. Firman Allah SWT:
    "Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin akan Allah mengampunimu?"
    (Surah an-Nur : 21)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails