Tuesday, October 11, 2011

Doa saidina Uthman r.a

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Pada hari sabtu yang lepas, 10 zulkaedah 1432H bersamaan 9 oktober 2011, ana telah berpeluang untuk mendengar kuliah hadith 40 oleh Yang Berbahagia Prof Madya Sahibus Samahah Dato Syeikh Mohd Baderuddin Bin Hj Ahmad, bekas Dekan Kuliah Usuluddin INSANIAH , sekarang ditaklif sebagai mufti Kedah. Kuliah anjuran PAKSI Bandar Baharu itu memberi mutiara kata2 yang sangat2 bermanfaat. Itulah pertama kali ana dapat melihat secara langsung dalam jarak dekat seorang ulama' dan mendengar tiap kata2nya yang jelas dan menusuk kalbu.

Pada mulanya beliau ditaklif untuk memberi kupasan berkenaan hadith 40. Tetapi beliau sendiri sudah membuat sedikit bekalan buat kami berkenaan kupasan 1 hadith, cuma ia bukanlah dari hadith 40. Ana akan berkongsi dengan lanjut di bawah.

"Diriwayatkan dari Ibn Hatim dari Uthman bin Affan radiallahu anhu solallahu 'alaihi wasallam dari tafsir kalam Allah (rujuk surah az-Zumar: 63),maka tafsirannya:


Sesiapa yang mengamalkan doa ini, dibukakan untuknya kunci langit dan bumi, dikurniakan kesihatan dan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar."

Rujukan : Tafsir munir, juz: 24 , mukasurat:48.
Karangan : Sheikh Dr.Wahbah Zuhaili.

Firman Allah bermaksud:

"MilikNya lah kunci2 (perbendaharaan) langit dan bumi. Dan orang2 yang kafir terhadap ayat2 Allah, mereka itulah orang yang rugi." [az-Zumar:63].

Menurut ayat di atas, Uthman bin Affan telah bertanya pada rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan "kunci2 langit dan bumi" ?

Rasulullah menjawab, kunci2 itu adalah dibukakan kekayaan langit dan bumi. (Jadi bayangkan apa yang ada di langit dan bumi). ^^

Saidina Uthman bin Affan ra adalah antara sahabat rasulullah yang terkaya. Beliau mengamalkan doa ini.
Pernah dikisahkan pada zaman dahulu, terdapat 1 gerombolan unta yang membawa barang2 dagangan Saidina Uthman ra.Diriwayatkan bilangan unta seramai 1000 ekor semuanya. (Banyak kan).^^
Kemudian unta2 tersebut di bawa ke pintu hadapan kawasan Madinah. Ramailah saudagar2 dan pemborong2 jualan keluar madinah untuk melihat barang2 dagangan tersebut.

Mereka bertanya, "Barangan milik siapakah ini? Kami ingin membeli untuk berjual beli di Madinah".

Pembawa unta itu menjawab, "Kesemua barang ini milik saidina Uthman bin Affan ra.Jika kamu mahu membeli, berurus niagalah dengan beliau."

Dipendekkan cerita, lalu berlangsunglah proses tawar menawar dalam urusan jual beli ini. Akhirnya saudagar yang paling kaya di situ menawarkan harga yang paling tinggi iaitu sebanyak tidak sampai 10 dirham.

Lalu saidina Uthman berkata, "Jika hanya dengan ini tawaranmu, maka aku lebih rasa beruntung berniaga dengan Allah."

Dibacakan ayat surah al-baqarah ayat 261 yang bermaksud:

"Perumpamaan orang2 yang menafkahkan harta2 di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap2 tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNYA) lagi maha mengetahui."

Subhanallah, itulah ganjaran yang Allah kurniakan kepada mereka yang menafkahkan harta ke jalan Allah.Asalnya sebutir benih, kemudian dicambahkan kepada hampir 700 biji, malah lebih lagi dari itu. Semuanya dengan izin Allah.

Lalu saidina Uthman ra memerintahkan kepada pembawa2 unta untuk memberikan kesemua harta dagangan tersebut kepada setiap fakir miskin di kota itu. Jangan tinggalkan walau 1 pun.Begitulah betapa kayanya saidina Uthman, kekayaannya membawa kepada sifat pemurahnya memahami erti berurusan dengan Allah. subhanallah...subhanallah...subhanallah..

Ustaz sheikh pun bertanya:
"Masih adakah orang seperti saidina Uthman bin Affan pada zaman ini? Untuk menghulurkan rm1 kepada peminta sedekah pun masih berkira2..."

Kami terus2 diberi santapan rohani dari hadis qudsi yang bermaksud:
"Kamu berkehendak, Aku pun berkehendak. Semua yang berlaku di dalam dunia ini adalah dengan kehendakKU. Kalau kamu serahkan kehendak kamu dan mengikuti kehendakKU, maka Aku akan menuruti kehendakmu. Tapi jika sebaliknya, kamu tidak mengikuti kehendakKU, maka kamu akan menghadapi kesusahan untuk mencapai kehendakmu itu. Tawakkal kepada Allah."

Begitulah sedikit perkongsian doa dari al-fadhil mufti Kedah.

Maka rasulullah bersabda, terdapat 3 nikmat yang akan dibawa ke akhirat iaitu:
1)Ilmu.
2)Harta.
3)Anak cucu.

Moga bermanfaat dari perkongsian ilmu di sini. Jika ada mana2 sahabat yang ingin membetulkan fakta yang salah dalam perkongsian ana ini, amat2 dialukan. Ini kerana ana hanya mendengar sepenuhnya dan mencatat apa yang diberikan oleh ustaz. Sama'a (mendengar) itu lebih baik dan bertalaqqi dengan ilmu ini adalah lebih baik dari semuanya.

wallahu'alam.
ilal liqa'.

p/s: Kami semua telah diijazahkan doa ini oleh ustaz dan mohon disebarkan. Moga bermanfaat buat semua yang membaca.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails