Alhamdulillah dengan izinNYA, dapat juga ana buat 1 post hari ni. (^_^)
Pabila mencari kelapangan dalam kesibukan, satu perkara yang amat2 menguji emosi dan keimanan diri sendiri.Ku mohon pinjaman kekuatan dariMU ya Allah ya rabbi..
Rujuk pada post kali ni, insyaAllah tinggal separuh lagi buku2 ni yang tak habis di baca. Tapi untuk dihadam isi kandungannya?? (tepuk kepala ingat2 semula la ye.. hehe). Vaucer buku yang lepas, ana 'shopping' buku2 macam nak pengsan dan sememangnya itulah hobi yang teramat2 suka buat masa ni.
Ok, times up! Mencuri2 untuk sedikit coretan di kala tuntutan sebagai manusia dalam memenuhi keperluan hidupnya amat2 memanggil2 (mengantuk sangat2 semasa 'menconteng2' kertas).. (T_T)
Kata2 pesanan kekasih Allah yang tercinta:
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga liang lahad".
Peringatan2 dalam persediaan menuju daerah abadi lebih2 mengetuk dan mencabar diri:
"Sesungguhnya akan terputus semua hal kecuali 3 perkara ke atas si mati, 1) Doa anak yang soleh/solehah (akan training for my future awlad) 2) Sedekah dan amal jariah 3) Ilmu yang bermanfaat."
Haa.. dalam banyak2 ni, salah satu nak dapat ilmu selain mengaji adalah dengan membaca. Lebih2 lagi apabila membaca mengenai cintaNYA pada hambaNYA dalam segala aspek kehidupan (mood teramat bunga2 cinta lepas dengar tazkirah tentang asmaul husna).
Jom perbaharui list buku2 kita. Sambil2 mencari2 'tok guru' untuk menuntut ilmu di masjid/kelas2 agama. Ilmu Allah itu luas. Bukan hanya untuk orang terpilih, tapi untuk setiap hambaNYA yang tidak jemu mencari. Ayuh sebarkan cintaNYA melalui tinta cintaNYA!
ilal liqa'.
0 comments:
Post a Comment