Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...
Alhamdulillah, buku yang selama ni ana cari2 akhirnya dah jumpa. Buku karangan Dr.Abdullah Nashih Ulwan ni ana jumpa infonya dari salah seorang sahabat ana di mesir dahulu. Lepas ana cari info2 tentang buku ni dan sedikit sebanyak perkongsian orang mengenai buku ni, barulah ana rasa nak beli. Excited mencari sana sini punyela susah nak dapat. Ni versi yang dah digunakan kata pengantar dalam bahasa melayu-indo.
Baru tadi dapat buku ni, memang amat excited terus baca intro nye. Sah2 la malam ni jadi peneman sebelum tidur moga2 dapat mendidik diri menjadi pendidik yang baik buat bakal2 awlad ku kelak.
Sedikit sebanyak infonya ana akan share jika ada kelapangan masa untuk mengulas. Maklumlah bahawa jika mengaji dengan buku perlukan penelitian dan fokus serta haruslah juga merujuk kepada orang2 yang lebih arif tentang hal ni.
Bismillahirrahmanirrahim.. Dengan kalimat cintaNYA bermula, moga ilmuNYA terus menjadi penyuluh buatku ya rabb.
Tuesday, February 28, 2012
Saturday, February 25, 2012
1/4 to go...
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Alhamdulillah dengan izinNYA, dapat juga ana buat 1 post hari ni. (^_^)
Pabila mencari kelapangan dalam kesibukan, satu perkara yang amat2 menguji emosi dan keimanan diri sendiri.Ku mohon pinjaman kekuatan dariMU ya Allah ya rabbi..
Rujuk pada post kali ni, insyaAllah tinggal separuh lagi buku2 ni yang tak habis di baca. Tapi untuk dihadam isi kandungannya?? (tepuk kepala ingat2 semula la ye.. hehe). Vaucer buku yang lepas, ana 'shopping' buku2 macam nak pengsan dan sememangnya itulah hobi yang teramat2 suka buat masa ni.
Ok, times up! Mencuri2 untuk sedikit coretan di kala tuntutan sebagai manusia dalam memenuhi keperluan hidupnya amat2 memanggil2 (mengantuk sangat2 semasa 'menconteng2' kertas).. (T_T)
Kata2 pesanan kekasih Allah yang tercinta:
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga liang lahad".
Peringatan2 dalam persediaan menuju daerah abadi lebih2 mengetuk dan mencabar diri:
"Sesungguhnya akan terputus semua hal kecuali 3 perkara ke atas si mati, 1) Doa anak yang soleh/solehah (akan training for my future awlad) 2) Sedekah dan amal jariah 3) Ilmu yang bermanfaat."
Haa.. dalam banyak2 ni, salah satu nak dapat ilmu selain mengaji adalah dengan membaca. Lebih2 lagi apabila membaca mengenai cintaNYA pada hambaNYA dalam segala aspek kehidupan (mood teramat bunga2 cinta lepas dengar tazkirah tentang asmaul husna).
Jom perbaharui list buku2 kita. Sambil2 mencari2 'tok guru' untuk menuntut ilmu di masjid/kelas2 agama. Ilmu Allah itu luas. Bukan hanya untuk orang terpilih, tapi untuk setiap hambaNYA yang tidak jemu mencari. Ayuh sebarkan cintaNYA melalui tinta cintaNYA!
ilal liqa'.

Wednesday, December 7, 2011
Bersyukur itu menenangkan
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...
Akhir2 ini ramai adik2 bertanya tentang masalah diri sendiri di mana kebanyakannya berasa tidak dapat menguruskan masa dengan baik dalam hal pembelajaran dan dakwah. Kebiasaannya diri kita sendiri akan merasa kurang senang jika hasil kerja yang dilakukan seolah-olah ibarat melepaskan batuk di tangga. Kerja yang dibuat last2 minute memberikan hasil yang kurang memuaskan.
Sesetengahnya mengatakan:
"Tak puas hati dengan kerja sendiri. Macam tak berapa ready."
"Kelam kabut cari bahan usrah sedangkan assignment2 masih banyak tak siap dan tertangguh."
"Dari pagi sampai ke malam, kerja masih tak siap2. Tension la camni."
Persoalan demi persoalan dilontarkan tanpa ada penyelesaian. Tapi sekurang2nya dapat mengurangkan tekanan di jiwa yang takut2 melarat nanti. Apakah penyelesaiannya? Adakah masalah begini akan berlarutan seperti yang selalu di doktrin oleh akak2 senior yang mana:
"Biasela kerja banyak. Memang takkan siap even dah pulun buat pun."
"Subjek ni memang susah. Biasanya orang melayu takkan dapat score."
"Baca banyak kali pun memang tak paham. Paham sikit2 ok la."
Ana sendiri bukanlah jenis mudah untuk terpengaruh atau mempengaruhi orang dengan fikiran2 negative (walaupun kadang2 terpengaruh juga). Tetapi bagi ana, kata2 begini bukanlah semangat, malah tidak membantu progress atau membantu seseorang tu memperbaiki diri. Pernah ana berkongsi, sahabat2 di sekeliling hanya mampu memberi pendapat pada keadaan luaran/ kasar peribadi kita. Malah ibubapa juga tidak dapat mengetahui secara detail tentang diri kita. Hanya kita lebih arif/tahu tentang diri kita dan juga pencipta kita, Allah yang maha mengetahui lebih arif tentang keadaan kita.
Pada waktu kita selalu mengadu padaNYA, yakinlah pertolongan Allah itu amat dekat. Teliti semula dalam muhasabah cinta kita padaNYA pada setiap amalan2 harian kita. Di mana syukur kita di sebalik jutaan keluhan?
"Kita mampu siapkan kerja/tugasan yang diberi, walaupun tak memuaskan tapi kita berjaya menyempurnakannya. Lupakah kita untuk bersyukur?"
Tak salah untuk menilai kembali hasil kerja kita. Malah amat2 digalakkan. Cuma yang amat ditegah adalah merasakan diri kurang hebat (kerana hasil kerja kurang baik) atau terlalu menyalahkan diri sendiri hingga tak mampu nak move on.
Teringat ana pada satu kisah tulisan ustaz pahrol juoi tentang bersyukur dari penciptaan tembikai. Tembikai yang ditanam akhirnya terasa tawar kerana itulah kehendak Allah. Tiada siapa pun yang mahukan tembikai yang tawar bermula dari si pekebun yang menanam tembikai hinggalah kepada si pembeli tembikai. Allah maha berkehendak, jika itulah yang tertulis, terimalah dengan redha dan terus bangkit memperbaiki diri.
"Seseorang itu tidak bodoh jika gagal selepas berusaha. Tetapi seseorang itu bodoh jika malas berusaha." -kata2 bijaksana-
Jika semua yang tertulis telah ditakdirkan setelah kita berusaha sedaya upaya menghadapinya, lafazkanlah 'alhamdulillah' dengan mengagung2kan nama kebesaran Allah lebih banyak dari kita mengeluh. Selepas itu muhasabah kembali dan bangkit untuk terus memperbaiki diri. Itulah berbezanya kita dengan orang bukan islam kerana kita ada Allah untuk berbicara.
~Tenangkan diri dengan bersyukur, jauhi diri dengan mengeluh hingga tersungkur. Ayuh bangkit mujahid mujahidah pilihan Allah!

Tuesday, October 11, 2011
Doa saidina Uthman r.a
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...
Pada hari sabtu yang lepas, 10 zulkaedah 1432H bersamaan 9 oktober 2011, ana telah berpeluang untuk mendengar kuliah hadith 40 oleh Yang Berbahagia Prof Madya Sahibus Samahah Dato Syeikh Mohd Baderuddin Bin Hj Ahmad, bekas Dekan Kuliah Usuluddin INSANIAH , sekarang ditaklif sebagai mufti Kedah. Kuliah anjuran PAKSI Bandar Baharu itu memberi mutiara kata2 yang sangat2 bermanfaat. Itulah pertama kali ana dapat melihat secara langsung dalam jarak dekat seorang ulama' dan mendengar tiap kata2nya yang jelas dan menusuk kalbu.
Pada mulanya beliau ditaklif untuk memberi kupasan berkenaan hadith 40. Tetapi beliau sendiri sudah membuat sedikit bekalan buat kami berkenaan kupasan 1 hadith, cuma ia bukanlah dari hadith 40. Ana akan berkongsi dengan lanjut di bawah.
"Diriwayatkan dari Ibn Hatim dari Uthman bin Affan radiallahu anhu solallahu 'alaihi wasallam dari tafsir kalam Allah (rujuk surah az-Zumar: 63),maka tafsirannya:

Sesiapa yang mengamalkan doa ini, dibukakan untuknya kunci langit dan bumi, dikurniakan kesihatan dan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar."
Rujukan : Tafsir munir, juz: 24 , mukasurat:48.
Karangan : Sheikh Dr.Wahbah Zuhaili.
Firman Allah bermaksud:
"MilikNya lah kunci2 (perbendaharaan) langit dan bumi. Dan orang2 yang kafir terhadap ayat2 Allah, mereka itulah orang yang rugi." [az-Zumar:63].
Menurut ayat di atas, Uthman bin Affan telah bertanya pada rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan "kunci2 langit dan bumi" ?
Rasulullah menjawab, kunci2 itu adalah dibukakan kekayaan langit dan bumi. (Jadi bayangkan apa yang ada di langit dan bumi). ^^
Saidina Uthman bin Affan ra adalah antara sahabat rasulullah yang terkaya. Beliau mengamalkan doa ini.
Pernah dikisahkan pada zaman dahulu, terdapat 1 gerombolan unta yang membawa barang2 dagangan Saidina Uthman ra.Diriwayatkan bilangan unta seramai 1000 ekor semuanya. (Banyak kan).^^
Kemudian unta2 tersebut di bawa ke pintu hadapan kawasan Madinah. Ramailah saudagar2 dan pemborong2 jualan keluar madinah untuk melihat barang2 dagangan tersebut.
Mereka bertanya, "Barangan milik siapakah ini? Kami ingin membeli untuk berjual beli di Madinah".
Pembawa unta itu menjawab, "Kesemua barang ini milik saidina Uthman bin Affan ra.Jika kamu mahu membeli, berurus niagalah dengan beliau."
Dipendekkan cerita, lalu berlangsunglah proses tawar menawar dalam urusan jual beli ini. Akhirnya saudagar yang paling kaya di situ menawarkan harga yang paling tinggi iaitu sebanyak tidak sampai 10 dirham.
Lalu saidina Uthman berkata, "Jika hanya dengan ini tawaranmu, maka aku lebih rasa beruntung berniaga dengan Allah."
Dibacakan ayat surah al-baqarah ayat 261 yang bermaksud:
"Perumpamaan orang2 yang menafkahkan harta2 di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap2 tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNYA) lagi maha mengetahui."
Subhanallah, itulah ganjaran yang Allah kurniakan kepada mereka yang menafkahkan harta ke jalan Allah.Asalnya sebutir benih, kemudian dicambahkan kepada hampir 700 biji, malah lebih lagi dari itu. Semuanya dengan izin Allah.
Lalu saidina Uthman ra memerintahkan kepada pembawa2 unta untuk memberikan kesemua harta dagangan tersebut kepada setiap fakir miskin di kota itu. Jangan tinggalkan walau 1 pun.Begitulah betapa kayanya saidina Uthman, kekayaannya membawa kepada sifat pemurahnya memahami erti berurusan dengan Allah. subhanallah...subhanallah...subhanallah..
Ustaz sheikh pun bertanya:
"Masih adakah orang seperti saidina Uthman bin Affan pada zaman ini? Untuk menghulurkan rm1 kepada peminta sedekah pun masih berkira2..."
Kami terus2 diberi santapan rohani dari hadis qudsi yang bermaksud:
"Kamu berkehendak, Aku pun berkehendak. Semua yang berlaku di dalam dunia ini adalah dengan kehendakKU. Kalau kamu serahkan kehendak kamu dan mengikuti kehendakKU, maka Aku akan menuruti kehendakmu. Tapi jika sebaliknya, kamu tidak mengikuti kehendakKU, maka kamu akan menghadapi kesusahan untuk mencapai kehendakmu itu. Tawakkal kepada Allah."
Begitulah sedikit perkongsian doa dari al-fadhil mufti Kedah.
Maka rasulullah bersabda, terdapat 3 nikmat yang akan dibawa ke akhirat iaitu:
1)Ilmu.
2)Harta.
3)Anak cucu.
Moga bermanfaat dari perkongsian ilmu di sini. Jika ada mana2 sahabat yang ingin membetulkan fakta yang salah dalam perkongsian ana ini, amat2 dialukan. Ini kerana ana hanya mendengar sepenuhnya dan mencatat apa yang diberikan oleh ustaz. Sama'a (mendengar) itu lebih baik dan bertalaqqi dengan ilmu ini adalah lebih baik dari semuanya.
wallahu'alam.
ilal liqa'.
p/s: Kami semua telah diijazahkan doa ini oleh ustaz dan mohon disebarkan. Moga bermanfaat buat semua yang membaca.

Labels:
islam,
tazkirah,
tokoh islam
Sunday, October 9, 2011
Rezeki Allah itu luas
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...
Pagi ini...sungguh sejuk.Tika membuka tingkap seawal pagi tadi, ana lihat banyak takungan air.Rupa-rupanya hujan malam tadi. Alhamdulillah, bumi USM basah dan segar pagi ni.Melihat dan menikmati keindahan pagi, begitulah semangat ana untuk memulakan pagi dengan bersungguh2. (Bukan sebelum ni tak bersemangat ye,cuma kurang semangat..hee).
Melewati waktu dhuha, begitu ana terfikir bahawa rezeki Allah itu amat luas. Seluasnya menjangkau pemikiran manusia.Subhanallah.
Selepas melalui saat2 sukar dalam menjalankan eksperimen bagi program sarjana ana, alhamdulillah akhirnya hasil eksperimen ana berjaya. Syukur alhamdulillah di atas rezeki Allah ini. Sekarang ana dalam fasa 'optimization' data2 keputusan ekperimen ana sebelum meneruskan penulisan thesis.
"If you have a clear vision, you don't have time to take breakfast". -Bill Gates, pengasas microsoft.
FOKUS dan MATLAMAT yang jelas adalah kunci kepada sukses.
"Begin with the end in mind". -stephen covey, motivator.
Bingkisan doa dhuha:
Ya Allah,
jika rezeki masih di langit,turunkanlah.
jika dibumi, keluarkanlah,
jika jauh,dekatkanlah,
jika susah,permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah.
Limpahkanlah segala rahmat sepertimana yang telah Engkau limpahkan kepada hamba2Mu yang soleh.

Permudahkanlah langkahku ya Allah, dengan izinMU.

Subscribe to:
Posts (Atom)